Wednesday, July 14, 2010

KEM PADU ANAK MALAYSIA PPD TANAH MERAH










KEM PADU ANAK MALAYSIA PPD TANAH MERAH

Pada 10 - 14 Julai 2010 lepas, Kem Padu Anak Malaysia anjuran bersama Jabatan Perpaduan Daerah Tanah Merah, Machang, Jeli dan PPD Tanah Merah telah berjaya dilaksanakan. Seramai 40 orang peserta iaitu 20L dan 20P daripada 10 buah sekolah telah menyertai kem ini. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah 'Ice Breaking', Membina Logo dan Jati Diri Kumpulan, Kemahiran Komunikasi dan Pengaturcaraan Majlis Rasmi, Silang Budaya, Sesi Burung Hantu, 'Team Building', Permainan Ekspresi, Ekspedisi, Riadah, dan lain-lain. Di antara barisan fasilitator ialah En. Mohamad Nawi Jaffar (SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2), En. Azman Samek (SM Vakasional Tanah Merah), En. Wan Hamid (SMK Ipoh), Puan Norliza (SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1) dan Puan Ain (SMK Kemahang). Pegawai PPD Tanah Merah yang terlibat ialah En. Zainuddin dan Tn. Hj. Harun.