Friday, February 19, 2010

KURSUS KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI






































































KURSUS KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI PRS, KBK DAN PENGAWAS 2010

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinnya, Kursus Kepemimpinan PRS, Kelab Bimbingan Dan Kaunseling dan Pengawas telah selamat dilaksanakan pada 11 - 13 Februari yang lepas di SMKDMPR2 walau pun cadangan awal di Pondok Darul Hanan, Tumpat. Seramai 78 orang dengan 09 orang fasilitator (PRS Senior) telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh PK HEM SMKDMPR2 iaitu En. Nubli bin Ab. Latif.

Tuesday, February 2, 2010

PRA-PERSEDIAAN KURSUS KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI 2010






KURSUS KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI PRS, KBK DAN PENGAWAS 2010
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Khidmat murid membantu murid merupakan satu khidmat sokongan yang penting di sekolah. Bilangan murid yang ramai kadang kala menyebabkan Guru tidak dapat memenuhi keperluan murid dari sudut perkhidmatan menolong. Pada ketika inilah PRS dan Pengawas boleh memainkan peranan secara berterusan dan berkesan. Walau bagaimanapun, pertolongan tidak akan dapat dilakukan sekiranya PRS dan Pengawas tidak dilatih dan dibimbing. Oleh itu, kursus ini wajar dijalankan dalam mana para peserta dilatih meningkatkan kemahiran diri, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kepemimpinan untuk membina ketahanan dan jati diri yang unggul.

Jesteru itu, kumpulan fasilitator begitu sibuk membuat persediaan bagi memastikan kursus tersebut dapat dijalankan dengan lancar.