Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM

SELAMAT MENDUDUKI SPM

Peperiksaan SPM yang sememangnya dinantikan oleh semua calon SPM 2009 telah pun datang. Ianya telah bermula sejak 18 November yang lalu dengan subjek BM dan Sejarah 1. Hari kedua BI dan Sejarah 2. Hari ketiga subjek EST.
Di Kelantan, untuk minggu kedua, banjir telah melanda. Seramai 18 calon SPM telah ditempatkan di SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2 kerana mereka ini terlibat dengan banjir bermula 21 November 2009 hingga 25 November 2009.
Terima kasih kepada penyumbang derma kilat pada hari pertama iaitu ESSO Tanah Merah, Restoran Tepi Sungai dan UMNO Bahagian Tanah Merah kerana prihatin terhadap calon SPM mangsa banjir ini. Jua terima kasih kepada Kak Zah kantin yang sanggup datang bertugas walaupun masa cuti sekolah untuk menyediakan makanan kepada calon mangsa banjir.
Begitu juga kepada semua guru dan GBK SMKDMPR 2 yang hadir bertugas pada waktu siang dan pada waktu malam walau pun dalam masa cuti dan sanggup tinggalkan keluarga semata-mata untuk membantu calon mangsa banjir. Hanya Allah jua yang akan membalas jasa baik anda.
Pesanan untuk semua calon SPM yang melayari blog ini, berhati-hatilah semasa berada di rumah, jalan raya dan di pusat-pusat pemindahan. Jika banjir musim ketiga menerobos lagi, carilah tempat perlindungan yang selamat dan pastikan anda selamat sampai ke pusat peperiksaan sebagaimana masa dan tarikh yang telah dijadualkan. Selamat Berjuang, SELAMAT MENDUDUKI SPM dan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, November 14, 2009

PROGRAM PEMANDUAN BERHEMAH BERMOTOSIKAL




























PROGRAM PEMANDUAN BERHEMAH (MOTOSIKAL) MURID SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada 10 - 12 November 2009, telah berlangsung Program Pemanduan Berhemah (Motosikal) Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan di Kem Putra, Peringat, Kota Bharu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN). Seramai 135 orang peserta iaitu 58 orang murid lelaki dan 77 orang murid perempuan lepasan PMR daripada 37 buah sekolah menengah yang dipilih di Kelantan untuk Siri 1. Untuk Siri 2 akan berlangsung pada 15 - 17 November ini.


Tujuan program ini dilaksanakan ialah:


1) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya pemanduan berhemah ketika menunggang motosikal.

2) Melahirkan pelajar yang tahu menghormati pengguna jalan raya lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

3) Murid sentiasa mematuhi peraturan jalan raya , menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain .

4) Murid tidak terlibat dalam salah laku kegiatan jenayah terutamanya menjadi ” Mat Rempit ”
5) Membentuk jati diri pelajar yang tinggi dalam menentukan perlakuan yang baik dan buruk ketika berada di jalan raya.
6) Peserta dapat menyebarluaskan tentang pemanduan berhemah kepada rakan sebaya mereka yang lain.

Di antara pengisian program pemanduan berhemah ialah ceramah oleh agensi luar seperti PDRM IPK Kota Bharu, JPJ Kejara Kelantan, dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan. Ceramah dalaman pula ialah "Jati Diri Remaja Berhemah" dan "Motivasi Menangis", Ice Breaking, One Malaysia dan Riadah.

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Anuar b. Abdul Hamid, KPP Sektor Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan turut dihadiri oleh Ybhg. Tuan Haji Sulaiman b. Ahmad, Pengerusi Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN), En. Abd. Rahim b. Mohideen, PP Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Drs. Ahmad Yani b. Muhamad, PP Disiplin JPN Kelantan dan Tn. Hj. Mohd Zain b. Ab. Hamid, Penyelia Kanan Disiplin, JPN Kelantan. Manakala Penyelaras Program Pemanduan Berhemah ini ialah En. Mohamad Nawi b. Jaffar, GBK SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah yang juga merupakan YDP MGKK Negeri Kelantan.

Monday, October 26, 2009

PERSEDIAAN UNTUK SPM



PERSEDIAAN AKHIR UNTUK SPM

Persediaan Peralatan:

- Pastikan peralatan seperti pen, pembaris, pewarna dan alat kelengkapan belajar lain dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan
- Slip peperiksaan
- Kad pengenalan diri dan borang maklumat diri
- Jadual peperiksaan disemak beberapa kali dan ditandakan dengan warna
- Pakaian mencukupi dan kemas

PERSEDIAAN DI PAGI PEPERIKSAAN:

- Pastikan semua PERALATAN telah dibawa. Jika ada yang tertinggal maklum segera kepada guru yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.
- JANGAN TERPENGARUH dengan keadaan persekitaran terutamanya melihat pelajar atau kumpulan pelajar sibuk membuat semakan terakhir.
- Masuk ke dalam dewan dengan TERATUR dan TENANG.
- Baca DOA sebelum masuk ke dewan dan semasa berada di tempat duduk
- Tentukan kerusi dan meja dalam keadaan SELESA.
- Susun peralatan, susun alatulis.
- Tenangkan diri, setelah duduk, tarik NAFAS panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.
- Bacalah 'Bismillahirrahmanirrahim' sebelum menulis atau membuka buku / kertas soalan.
- Sedia mendengar arahan
- Baca arahan soalan dengan tepat
- Garis / tanda bahagian penting
- Buat pembahagian masa
- Buat rangka
- Jaga tulisan
- Tinggal soalan yang sukar dan tanda kembali setelah siap yang mudah
- Semak jawapan
- Sekiranya masih lagi ada masa semak dan terus semak !!!!

“Janganlah berputus asa, kerana seringkali anak kunci terakhir yang dapat membuka lubang pintunya.”- Trotty Veck

“Dalam tangan setiap individu terdapat kuasa hebat untuk KEBAIKAN @ KEBURUKAN – pengaruh senyap, tak sedar dan tak ketara daripada kehidupannya. Ini penyebaran terus menerus sifat sebenar manusia, bukan sifat palsunya.” - William George Jordan

Saturday, October 24, 2009

ZON PECUTAN AKHIR SPM




ZON PECUTAN AKHIR SPM - MASIH ADA 23 HARI SAJA LAGI

Kepada semua calon SPM 2009 harap bertenang. Jangan panik dan kurangkan 'stress'. Jadikan stress sebagai batu loncatan untuk berjaya dengan cemerlang. Tanpa stress, exam menjadi hambar dan tidak bermaya. Tetapi bila ada sedikit stress, exam menjadi idaman yang ditunggu-tunggu untuk tiba saatnya. Wow..... jadikan exam SPM adalah saat yang paling manis dan sering ditunggu-tunggu kerana exam SPM inilah nanti yang akan mengukir kejayaan cemerlang yang menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

So, jangan stress dan jagalah kesihatan fizikal seperti:
- Pemakanan yang seimbang
- Lebihkan minum air minum air, terutama susu segar, air kacang soya
- Minumlah madu lebah
- Makanlah kismis, kacang
- Kalau mampu ambillah 'Astromin' atau lain-lain makanan minda

Juga jagalah kesihatan mental seperti:

- Fokus pada exam saja untuk waktu ini
- Elak daripada memberi fokus kepada perkara lain seperti cinta
- Jangan fikirkan perkara yang tidak memberi faedah
- Anggap exam itu perkara biasa saja yang dilalui semua orang
- Selalu berdoa kepada Allah semoga sentiasa diberi ketenangan dan kejayaan cemerlang

Jagalah kesihatan Rohani seperti:
- Tidak tinggalkan sembahyang
- Doa yang berterusan
- Doa yang tidak mendesak
- Mengharapkan keredhaan Allah
- Bersangka baik apa yang diperolehi
- Banyakkan membaca Al-Quran
- Banyakkan berzikir dan selawat

Kawallah emosi:
- Tenangkan jiwa
- Elak berkonflik dengan rakan dan orang yang terdekat seperti ahli keluarga
- Maafkan kesalahan orang lain
- Sentiasa senyum walaupun agak tertekan
- Kawal perasaan dan tidak cepat melatah
- Bersangka baik pada orang lain
- Sedia memberi perangsang pada rakan

Tuesday, October 20, 2009

SEJADAH SEMBAHYANG?







BENARKAH SEJADAH SEMBAHYANG?

Lihatlah sedikit paparan ini. Gambar ini diambil daripada seorang sahabat yang dihantar melalui email. Percaya atau tidak terserah kepada tuan puan. Siapakah yang sebenarnya terlibat dalam hal ini? Manusia atau makhluk lain? Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya. Namun tak rugi kalau kita ambil iktibar daripada kejadian ini. Menurut cerita, seorang pelajar telah telihat sejadah ini berjalan dari tempat ianya diletakkan di dalam almari. Peristiwa ini telah dilaporkan kepada guru. Saya tidak berpeluang untuk berjumpa guru tersebut dan juga murid tersebut kerana bila tiba di tempat kejadian semuanya telah tiada kecuali pengunjung seperti saya.

Monday, October 19, 2009

BLOG KEDUA ATAS NAMA KAUNSELING

Selamat bertemu dalam blog kedua saya. Cuba cita rasa baru, semangat baru dan idea baru.