Monday, January 25, 2010

TARIKH BERTUAH DAPAT 48










TARIKH BERTUAH DAPAT 48

Hari ini 25 Januari 2010 merupakan hari paling bahagia dan seronok sekali kerana telah berjaya mendapat 48 hu hu. Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana hingga ke saat ini Kau masih menyayangi diri ini. Jua terima kasih kepada semua ahli PRS SMKDMPR2 kerana telah meraikan hari anugerah 48 ini. TQ very much. Hanya Allah yang akan membalas budi baik anda itu.

Saturday, January 23, 2010

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN 4 2010

















PROGRAM OREINTASI TINGKATAN 1 DAN 4

Program Orientasi Tingkatan 1 telah dijalankan pada 05 Januari hingga 07 Januari manakala Program Orientasi Tingkatan 4 telah dilangsungkan pada 10 Januari hingga 12 Januari 2010.

Program Orientasi Tingkatan 1 merupakan suatu program untuk menyediakan pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana baru iaitu alam persekolahan sekolah menengah. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar baru menerima perubahan dan peralihan alam sekolah menengah yang merupakan kesinambungan daripada alam persekolahan sekolah rendah. Persiapan mental, fizikal, emosi dan sosial banyak membantu pelajar untuk lebih bersedia menghadapi cabaran di sekolah menengah.

Di akhir program ini diharapkan para pelajar dapat:
1 Menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
2 Bersedia menerima perubahan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3 Mendapat maklumat yang sepatutnya mereka miliki untuk berada di alam persekolahan sekolah menengah.
4 Sedar bahawa kendiri mereka telah semakin berkembang.
5 Memberi pendedahan pentingnya komunikasi.

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

8.45pg
- Pendaftaran ibu/ bapa/ penjaga.
9.00pg
- Ucapan Aluan Pengerusi
- Bacaan Doa.
- Ucapan PK Kokurikulum
- Ucapan PK HEM
- Ucapan PK Pentadbiran
- Ucapan Perasmian
- Jamuan Ringan
- Majlis Bersurai
Terima kasih kepada semua guru yang telah membantu dan kepada PRS Senior yang telah bertungkus lumus mengendalikan program ini terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik anda semua. Amin.

PERSEKOLAHAN TAHUN BARU 2010


PERSEKOLAHAN TAHUN BARU 2010

Selamat kembali ke alam persekolahan dan kepada anak-anak yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan, selamat datang ke alam persekolahan. Hari pertama bermula 03 Januari bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dan akan berakhir pada 11 Mac untuk Cuti Pertengahan Penggal yang bermula 12 Mac 2010 hingga 20 Mac 2010. Persekolahan akan bermula pula mulai 21 Mac hingga 03 Jun. Cuti Pertengahan Tahun akan bermula 04 Jun hingga 19 Jun 2010. Hari persekolahan seterusnya ialah bermula 20 Jun 2010 hingga 02 September 2010. Cuti Pertengahan Tahun kedua bermula 03 September hingga 11 September 2010. Hari persekolahan seterusnya akan bermula pada 12 September hingga 18 November 2010. Cuti akhir tahun akan bermula 19 November hingga 01 Januari 2011.