Tuesday, August 10, 2010

KEM BESTARI PMR DAN SPM







































KEM BESTARI PMR DAN SPM TAHUN 2010
Kem Bestari PMR telah dilaksanakan pada 08 - 10 Julai yang lalu dan seramai 178 orang peserta telah menyertainya manakala Kem Bestari SPM pada 07 - 09 Ogos 2010 di Kem Putra Peringat, Kota Bharu. Peserta SPM seramai 109 orang sahaja yang menyertainya.

Wednesday, July 14, 2010

KEM PADU ANAK MALAYSIA PPD TANAH MERAH










KEM PADU ANAK MALAYSIA PPD TANAH MERAH

Pada 10 - 14 Julai 2010 lepas, Kem Padu Anak Malaysia anjuran bersama Jabatan Perpaduan Daerah Tanah Merah, Machang, Jeli dan PPD Tanah Merah telah berjaya dilaksanakan. Seramai 40 orang peserta iaitu 20L dan 20P daripada 10 buah sekolah telah menyertai kem ini. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah 'Ice Breaking', Membina Logo dan Jati Diri Kumpulan, Kemahiran Komunikasi dan Pengaturcaraan Majlis Rasmi, Silang Budaya, Sesi Burung Hantu, 'Team Building', Permainan Ekspresi, Ekspedisi, Riadah, dan lain-lain. Di antara barisan fasilitator ialah En. Mohamad Nawi Jaffar (SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2), En. Azman Samek (SM Vakasional Tanah Merah), En. Wan Hamid (SMK Ipoh), Puan Norliza (SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1) dan Puan Ain (SMK Kemahang). Pegawai PPD Tanah Merah yang terlibat ialah En. Zainuddin dan Tn. Hj. Harun.

Monday, May 10, 2010

BARU DAPAT UPDATE BLOGS





BARU DAPAT UPDATE BLOGS
Entah apa sebab pun saya tak tahu. Bila nak sign in blog ini selepas dah masuk semua user name n password tiba-tiba sign in hilang. Tak dapat nak sign in. Tak dapatlah nak update blog. Hari ni dah cuba beberapa kali baru dapat. Itu pun selepas guna note book kawan.
Gambar ini diambil semasa Program SST MOE Kelantan ke SK Peria kerana bangunan sekolahnya terbakar kerana disambar petir pada waktu petang. Nasib baik tiada pelajar di sekolah pada waktu ini.

Sunday, March 14, 2010

KARNIVAL 'JOM MASUK U' PENUH SESAK DENGAN PENGUNJUNG

















KARNIVAL 'JOM MASUK U' DI KELANTAN TRADE CENTER AMAT MERIAH

Wow! Wow! Meriahnya karnival 'Jom Masuk U' kali ini. Tak sia-sia Kementerian Pengajian Tinggi membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menganjurkan Karnival Jom Masuk U. Pengunjung begitu ramai hingga penuh sesak dan untuk karnival yang berikutnya, pihak penganjur kenalah cari tempat atau dewan yang lebih besar. Dua-dua dewan A dan B penuh sesak. Begitu juga dengan 'note book' untuk on-line dan petugas yang lebih ramai. Takut-takut ada pelajar yang datang dari pelusuk yang jauh tetapi tak sempat nak on-line. Apatah lagi di rumah mereka tak ada komputer atau internet. Hamba ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertugas di kaunter setiap agensi kerana begitu sabar dan sanggup melayan pengunjung yang berduyun-duyun tak putus-putus dan masih mampu melontarkan senyuman lebar menyebabkan para pengunjung rasa amat dihargai walaupun dalam keadaan yang penuh sesak. Jua terima kasih kerana menyediakan bahan dan pamplet kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling / Kaunselor / Guru Pengiring seperti hamba. Dan terima kasih kepada yang sudi bergambar untuk tatapan pengunjung blog ini.
UCAPAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUA UNTUK UMK YANG TELAH MENYEDIAKAN BAS SECARA PERCUMA UNTUK 76 ORANG MURID SMKDMPR2 pada 14 Mac 2010 sebanyak dua trip.