Sunday, March 14, 2010

KARNIVAL 'JOM MASUK U' PENUH SESAK DENGAN PENGUNJUNG

















KARNIVAL 'JOM MASUK U' DI KELANTAN TRADE CENTER AMAT MERIAH

Wow! Wow! Meriahnya karnival 'Jom Masuk U' kali ini. Tak sia-sia Kementerian Pengajian Tinggi membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menganjurkan Karnival Jom Masuk U. Pengunjung begitu ramai hingga penuh sesak dan untuk karnival yang berikutnya, pihak penganjur kenalah cari tempat atau dewan yang lebih besar. Dua-dua dewan A dan B penuh sesak. Begitu juga dengan 'note book' untuk on-line dan petugas yang lebih ramai. Takut-takut ada pelajar yang datang dari pelusuk yang jauh tetapi tak sempat nak on-line. Apatah lagi di rumah mereka tak ada komputer atau internet. Hamba ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertugas di kaunter setiap agensi kerana begitu sabar dan sanggup melayan pengunjung yang berduyun-duyun tak putus-putus dan masih mampu melontarkan senyuman lebar menyebabkan para pengunjung rasa amat dihargai walaupun dalam keadaan yang penuh sesak. Jua terima kasih kerana menyediakan bahan dan pamplet kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling / Kaunselor / Guru Pengiring seperti hamba. Dan terima kasih kepada yang sudi bergambar untuk tatapan pengunjung blog ini.
UCAPAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUA UNTUK UMK YANG TELAH MENYEDIAKAN BAS SECARA PERCUMA UNTUK 76 ORANG MURID SMKDMPR2 pada 14 Mac 2010 sebanyak dua trip.

Wednesday, March 10, 2010

SMK DATO' MAHMUD PADUKA RAJA 2 MAKIN CEMERLANG











KEPUTUSAN SPM SMKDMPR2 MAKIN CEMERLANG

TAHNIAH! TAHNIAH DAN TAHNIAH! Kepada semua Calon SPM 2009 yang telah meraih keputusan dengan CEMERLANG. Kepada Anis Hidayah, Pengerusi dan Ketua Fasilitator PRS 2009 terima kasih kerana telah menyambung kesinambungan kecemerlangan SPM SMKDMPR2 kerana telah berjaya mendapat 8A 1B. Walaupun SMKDMPR2 tidak berjaya mengekalkan rekod pencapaian 100% (mendapat 99.2% - seorang calon gagal kerana calon ini terus ditempatkan ke tingkatan 5 dan tidak pernah belajar di tingkatan 1 - 4 dan tidak mengambil PMR) namun 10 subjek telah berjaya mencapai kelulusan 100%. Dua orang calon mendapat 7A dan peningkatan mendadak calon mendapat 4A - 6A. Begitu juga dengan calon dan atlet memanah, berjaya mencapai 7A2B1C.


EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2010

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2010 & KARNIVAL TUNAS MEKAR

TEMPAT: KAMPUS UiTM MACHANG

TARIKH:

16 - 18 MAC 2010

MASA:

0900 PAGI - 0400 PETANG

UNTUK PERMOHONAN TERUS ATAS TALIAN, SILA BAWA:

KAD PENGENALAN

SLIP KEPUTUSAN SPM / STPM

NO. PIN UPU

BAS DISEDIAKAN DARI BANDAR MACHANG KE KAMPUS SETIAP 30 MINIT

Wahai semua pengunjung blog ini, silalah ambil kesempatan ini untuk ke Kampus UiTM sekurang - kurangnya anda telah berpeluang untuk 'Menjejak Kaki' ke Kampus UiTM dan termakbullah impian anda untuk 'Menjejak Kaki' ke universiti hu...hu...

Monday, March 8, 2010

KARNIVAL 'JOM MASUK U'

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010 PANTAI TIMUR 'JOM MASUK U'
Karnival 'Jom Masuk U' Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu) akan berlangsung di Kelantan Trade Center pada 13 dan 14 Mac 2010 mulai jam 0900 pagi hingga jam 0500 petang. Ianya terbuka untuk semua yang berminat mengetahui perkembangan pengajian di IPT dan IPTS yang terdapat di seluruh pelusuk negara kita. Berbagai-bagai aktiviti diadakan termasuklah ceramah, pameran, kaunter-kaunter penerangan untuk mendapat maklumat program pengajian untuk lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan yang sama waktu dengannya.
Murid-murid SMKDMPR2 seramai 76 orang bersama 04 orang guru telah terpilih untuk ke sana dengan disediakan bas secara percuma (Bas UMK) oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama IPT tempatan. Terima kasih daun keladi, kalau boleh offerlah lagi hu...hu... Juga terima kasih kepada Unit HEM JPN Kelantan kerana telah mencalonkan murid-murid SMKDMPR2 untuk menjadi pengunjung Karnival 'Jom Masuk U' pada hari Ahad 14 Mac 2010.
Kepada semua pelajar dan bekas pelajar SMKDMPR2 yang melayari blog ini, yang tidak terpilih dalam kumpulan yang bernasib baik itu, anda berpeluang untuk pergi bersama-sama keluarga anda kerana tarikh itu merupakan tarikh cuti persekolahan. Jom kita sama-sama saksikan Karnival 'Jom Masuk U' kerana masuknya adalah PERCUMA.

PETIKAN MUTIARA KATA, HADIS DAN FIRMAN ALLAH

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGI
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya, tiadalah dia akan menderita fitnah di dalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan di hari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hari tiga malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata, "Celakalah aku, disuruh manusia (Anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud, tetapi saya enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya di dunia di samping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangat busuk" (Riwayat Al-Bazzar)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibu bapa maka sesungguhnya Allah s.w.t. menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga di dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)

HARI BERTUAH BUAT SEORANG IBU DAN SEORANG ANAK












HARI TAMAT LATIHAN SEBAGAI PDRM 2010
Baru-baru ini aku sempat ke N9 iaitu ke PULAPOL Ayer Hitam sebagai pemandu pelancong kerana membawa Mak Mertua dan Bapa Mertua bersama ahli keluarga yang lain ke PULAPOL Ayer Hitam bagi menyaksikan detik bersejarah seorang yang bergelar anak telah tamat latihan sebagai anggota PDRM dan kini telah di tempatkan di IPD Sungai Besi. Tahniah dan Syabas. Sekarang ni untuk mendapat kerjaya sebagai PDRM taklah sesenang dulu. Nak dapat borang permohonan pun susah. Katanya borang adalah terhad. Kalau dulu temuduga terbuka. Baguslah kerana tapisan bertujuan untuk mendapat anggota yang benar-benar berkualiti. Bidang kepolisian sekarang amat mencabar kerana penjenayah sekarang semakin 'educated'. Gaji dan elaun pun amat lumayan, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara yang semakin bertambah.

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

Hayati dan fahamilah petikan mutiara kata ini, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.