Monday, June 27, 2011

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL - UPNM















INGIN BERKENALAN DENGAN UPNM?

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini. (Sedut dari laman web UPNM)

Tahukah keistimewaan UPNM?

UPNM menyediakan kursus kejuruteraan dan juga perubatan yang dibayar elaun setiap bulan sebanyak lebih kurang RM1500. Anda perlu mengikuti kursus Tunas Wira lebih kurang satu bulan dengan jayanya.

Tuesday, April 26, 2011

KENANGAN JOM MASUK U 2011





















Seramai 90 orang pelajar SMKDMPR2 dengan 2 buah bas UMP telah sempat mengunjungi perkampungan Jom Masuk U di KTC.

Tuesday, August 10, 2010

KEM BESTARI PMR DAN SPM







































KEM BESTARI PMR DAN SPM TAHUN 2010
Kem Bestari PMR telah dilaksanakan pada 08 - 10 Julai yang lalu dan seramai 178 orang peserta telah menyertainya manakala Kem Bestari SPM pada 07 - 09 Ogos 2010 di Kem Putra Peringat, Kota Bharu. Peserta SPM seramai 109 orang sahaja yang menyertainya.