Monday, March 8, 2010

KARNIVAL 'JOM MASUK U'

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010 PANTAI TIMUR 'JOM MASUK U'
Karnival 'Jom Masuk U' Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu) akan berlangsung di Kelantan Trade Center pada 13 dan 14 Mac 2010 mulai jam 0900 pagi hingga jam 0500 petang. Ianya terbuka untuk semua yang berminat mengetahui perkembangan pengajian di IPT dan IPTS yang terdapat di seluruh pelusuk negara kita. Berbagai-bagai aktiviti diadakan termasuklah ceramah, pameran, kaunter-kaunter penerangan untuk mendapat maklumat program pengajian untuk lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan yang sama waktu dengannya.
Murid-murid SMKDMPR2 seramai 76 orang bersama 04 orang guru telah terpilih untuk ke sana dengan disediakan bas secara percuma (Bas UMK) oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama IPT tempatan. Terima kasih daun keladi, kalau boleh offerlah lagi hu...hu... Juga terima kasih kepada Unit HEM JPN Kelantan kerana telah mencalonkan murid-murid SMKDMPR2 untuk menjadi pengunjung Karnival 'Jom Masuk U' pada hari Ahad 14 Mac 2010.
Kepada semua pelajar dan bekas pelajar SMKDMPR2 yang melayari blog ini, yang tidak terpilih dalam kumpulan yang bernasib baik itu, anda berpeluang untuk pergi bersama-sama keluarga anda kerana tarikh itu merupakan tarikh cuti persekolahan. Jom kita sama-sama saksikan Karnival 'Jom Masuk U' kerana masuknya adalah PERCUMA.

No comments:

Post a Comment