Monday, March 8, 2010

HARI BERTUAH BUAT SEORANG IBU DAN SEORANG ANAK












HARI TAMAT LATIHAN SEBAGAI PDRM 2010
Baru-baru ini aku sempat ke N9 iaitu ke PULAPOL Ayer Hitam sebagai pemandu pelancong kerana membawa Mak Mertua dan Bapa Mertua bersama ahli keluarga yang lain ke PULAPOL Ayer Hitam bagi menyaksikan detik bersejarah seorang yang bergelar anak telah tamat latihan sebagai anggota PDRM dan kini telah di tempatkan di IPD Sungai Besi. Tahniah dan Syabas. Sekarang ni untuk mendapat kerjaya sebagai PDRM taklah sesenang dulu. Nak dapat borang permohonan pun susah. Katanya borang adalah terhad. Kalau dulu temuduga terbuka. Baguslah kerana tapisan bertujuan untuk mendapat anggota yang benar-benar berkualiti. Bidang kepolisian sekarang amat mencabar kerana penjenayah sekarang semakin 'educated'. Gaji dan elaun pun amat lumayan, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara yang semakin bertambah.

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." ~ Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan."

Hayati dan fahamilah petikan mutiara kata ini, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

No comments:

Post a Comment