Sunday, March 14, 2010

KARNIVAL 'JOM MASUK U' PENUH SESAK DENGAN PENGUNJUNG

















KARNIVAL 'JOM MASUK U' DI KELANTAN TRADE CENTER AMAT MERIAH

Wow! Wow! Meriahnya karnival 'Jom Masuk U' kali ini. Tak sia-sia Kementerian Pengajian Tinggi membelanjakan wang yang begitu banyak untuk menganjurkan Karnival Jom Masuk U. Pengunjung begitu ramai hingga penuh sesak dan untuk karnival yang berikutnya, pihak penganjur kenalah cari tempat atau dewan yang lebih besar. Dua-dua dewan A dan B penuh sesak. Begitu juga dengan 'note book' untuk on-line dan petugas yang lebih ramai. Takut-takut ada pelajar yang datang dari pelusuk yang jauh tetapi tak sempat nak on-line. Apatah lagi di rumah mereka tak ada komputer atau internet. Hamba ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertugas di kaunter setiap agensi kerana begitu sabar dan sanggup melayan pengunjung yang berduyun-duyun tak putus-putus dan masih mampu melontarkan senyuman lebar menyebabkan para pengunjung rasa amat dihargai walaupun dalam keadaan yang penuh sesak. Jua terima kasih kerana menyediakan bahan dan pamplet kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling / Kaunselor / Guru Pengiring seperti hamba. Dan terima kasih kepada yang sudi bergambar untuk tatapan pengunjung blog ini.
UCAPAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUA UNTUK UMK YANG TELAH MENYEDIAKAN BAS SECARA PERCUMA UNTUK 76 ORANG MURID SMKDMPR2 pada 14 Mac 2010 sebanyak dua trip.

No comments:

Post a Comment