Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT MENDUDUKI SPM

SELAMAT MENDUDUKI SPM

Peperiksaan SPM yang sememangnya dinantikan oleh semua calon SPM 2009 telah pun datang. Ianya telah bermula sejak 18 November yang lalu dengan subjek BM dan Sejarah 1. Hari kedua BI dan Sejarah 2. Hari ketiga subjek EST.
Di Kelantan, untuk minggu kedua, banjir telah melanda. Seramai 18 calon SPM telah ditempatkan di SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2 kerana mereka ini terlibat dengan banjir bermula 21 November 2009 hingga 25 November 2009.
Terima kasih kepada penyumbang derma kilat pada hari pertama iaitu ESSO Tanah Merah, Restoran Tepi Sungai dan UMNO Bahagian Tanah Merah kerana prihatin terhadap calon SPM mangsa banjir ini. Jua terima kasih kepada Kak Zah kantin yang sanggup datang bertugas walaupun masa cuti sekolah untuk menyediakan makanan kepada calon mangsa banjir.
Begitu juga kepada semua guru dan GBK SMKDMPR 2 yang hadir bertugas pada waktu siang dan pada waktu malam walau pun dalam masa cuti dan sanggup tinggalkan keluarga semata-mata untuk membantu calon mangsa banjir. Hanya Allah jua yang akan membalas jasa baik anda.
Pesanan untuk semua calon SPM yang melayari blog ini, berhati-hatilah semasa berada di rumah, jalan raya dan di pusat-pusat pemindahan. Jika banjir musim ketiga menerobos lagi, carilah tempat perlindungan yang selamat dan pastikan anda selamat sampai ke pusat peperiksaan sebagaimana masa dan tarikh yang telah dijadualkan. Selamat Berjuang, SELAMAT MENDUDUKI SPM dan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments:

Post a Comment