Saturday, November 14, 2009

PROGRAM PEMANDUAN BERHEMAH BERMOTOSIKAL




























PROGRAM PEMANDUAN BERHEMAH (MOTOSIKAL) MURID SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pada 10 - 12 November 2009, telah berlangsung Program Pemanduan Berhemah (Motosikal) Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan di Kem Putra, Peringat, Kota Bharu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan) dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN). Seramai 135 orang peserta iaitu 58 orang murid lelaki dan 77 orang murid perempuan lepasan PMR daripada 37 buah sekolah menengah yang dipilih di Kelantan untuk Siri 1. Untuk Siri 2 akan berlangsung pada 15 - 17 November ini.


Tujuan program ini dilaksanakan ialah:


1) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya pemanduan berhemah ketika menunggang motosikal.

2) Melahirkan pelajar yang tahu menghormati pengguna jalan raya lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

3) Murid sentiasa mematuhi peraturan jalan raya , menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain .

4) Murid tidak terlibat dalam salah laku kegiatan jenayah terutamanya menjadi ” Mat Rempit ”
5) Membentuk jati diri pelajar yang tinggi dalam menentukan perlakuan yang baik dan buruk ketika berada di jalan raya.
6) Peserta dapat menyebarluaskan tentang pemanduan berhemah kepada rakan sebaya mereka yang lain.

Di antara pengisian program pemanduan berhemah ialah ceramah oleh agensi luar seperti PDRM IPK Kota Bharu, JPJ Kejara Kelantan, dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan. Ceramah dalaman pula ialah "Jati Diri Remaja Berhemah" dan "Motivasi Menangis", Ice Breaking, One Malaysia dan Riadah.

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Anuar b. Abdul Hamid, KPP Sektor Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan turut dihadiri oleh Ybhg. Tuan Haji Sulaiman b. Ahmad, Pengerusi Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN), En. Abd. Rahim b. Mohideen, PP Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Drs. Ahmad Yani b. Muhamad, PP Disiplin JPN Kelantan dan Tn. Hj. Mohd Zain b. Ab. Hamid, Penyelia Kanan Disiplin, JPN Kelantan. Manakala Penyelaras Program Pemanduan Berhemah ini ialah En. Mohamad Nawi b. Jaffar, GBK SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah yang juga merupakan YDP MGKK Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment