Saturday, January 23, 2010

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN 4 2010

















PROGRAM OREINTASI TINGKATAN 1 DAN 4

Program Orientasi Tingkatan 1 telah dijalankan pada 05 Januari hingga 07 Januari manakala Program Orientasi Tingkatan 4 telah dilangsungkan pada 10 Januari hingga 12 Januari 2010.

Program Orientasi Tingkatan 1 merupakan suatu program untuk menyediakan pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana baru iaitu alam persekolahan sekolah menengah. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar baru menerima perubahan dan peralihan alam sekolah menengah yang merupakan kesinambungan daripada alam persekolahan sekolah rendah. Persiapan mental, fizikal, emosi dan sosial banyak membantu pelajar untuk lebih bersedia menghadapi cabaran di sekolah menengah.

Di akhir program ini diharapkan para pelajar dapat:
1 Menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
2 Bersedia menerima perubahan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3 Mendapat maklumat yang sepatutnya mereka miliki untuk berada di alam persekolahan sekolah menengah.
4 Sedar bahawa kendiri mereka telah semakin berkembang.
5 Memberi pendedahan pentingnya komunikasi.

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

8.45pg
- Pendaftaran ibu/ bapa/ penjaga.
9.00pg
- Ucapan Aluan Pengerusi
- Bacaan Doa.
- Ucapan PK Kokurikulum
- Ucapan PK HEM
- Ucapan PK Pentadbiran
- Ucapan Perasmian
- Jamuan Ringan
- Majlis Bersurai
Terima kasih kepada semua guru yang telah membantu dan kepada PRS Senior yang telah bertungkus lumus mengendalikan program ini terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah jua yang akan membalas budi baik anda semua. Amin.

No comments:

Post a Comment